Jumaat, 22 November 2013

Musim Hujan Dah Tiba

Assalamualaikum dan selamat pagi...awal pagi di daerah Bukit Garam yang terletak di Kinabatangan hujan turun hingga sekarang...

Maklumlah di setiap tahun dalam bulan November dan December adalah musim-musim hujan di setiap negeri yang ada di Malaysia....banyak tempat yang di tengelami air,banjir berlaku di sana sini...terutamanya negeri-negeri di pantai timur Malaysia sudah dilanda banjir berikutan hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari yang lalu....


Di bahagian kawasan pantai timur Sabah akan mengalami empat hingga lima episod hujan lebat yang menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari.Keadaan itu boleh mengakibatkan kejadian banjir di negeri-negeri pantai timur Sabah..


Tempat-tempat yang sering di naiki air bila tiba musim hujan..di nasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya kanak-kanak...Adalah lebih baik kita melakukan persiapan rapi bermula dari sekarang kerana kita tidak mahu sebarang kesulitan yang timbul.

2 ulasan:

  1. http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/06/2nd-giveaway-saya-nak-striped-skirt.html


    NAK SKIRT FREE TAK? JOM JOIN SAYA

    BalasPadam